Seorang tukang gunting ditahan semalam, selepas dipercayai merogol seorang gadis bawah umur berusia 15 tahun di sebuah kedai di sini.
Gambar fail

TELUK INTAN – Seorang guru sekolah menengah di daerah Hillir Perak di sini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas empat pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan tingkatan dua pada tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Ahmad Murad Zainal, 30, berasal dari Sungai Sumun, Bagan Datuk, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol pelajar perempuan yang ketika itu berusia 14 tahun di sebuah rumah taman perumahan, Hutan Melintang, dekat sini antara awal Oktober hingga hujung November 2018.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azimah Che Ismail tidak mencadangkan jaminan terhadap tertuduh kerana kesalahan adalah serius.

Hakim kemudiannya tidak membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin dan menetapkan 22 April untuk sebutan semula kes.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast