Foto Instagram Westlife

KUALA LUMPUR – Impian peminat band popular antarabangsa, Westlife untuk menyaksikan persembahan mereka tercapai apabila kumpulan itu sekali lagi akan datang ke Malaysia tidak lama lagi.

Menerusi Instagram Westlife, kumpulan itu mengumumkan beberapa tarikh untuk konsert jelajah The Twenty Tour dan Malaysia antara destinasi yang bertuah.

Ini kerana Westlife akan mengadakan dua konsert di Stadium Malawati, Shah Alam pada 8 dan 9 Ogos ini.

Selain Malaysia, kumpulan yang kini dianggotai Shane Filan, Mark Feehily, Nicky Bryne dan Kian Egan itu akan turut singgah di Thailand, Filipina, Indonesia dan Singapura.

Kali terakhir Westlife hadir dan mengadakan konsert sebagai sebuah kumpulan di negara ini ialah pada 2011 yang merupakan sebahagian daripada konsert jelajah The Gravity Tour.

Kumpulan itu mengumumkan pembubaran mereka setahun selepas itu, sebelum kembali bersatu September tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast