Final Euro 2020
Raheem Sterling bersorak selepas berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Republik Czech pada kelayakan final Euro 2020 yang berlangsung awal pagi tadi

LONDON – England berjaya membenamkan Republik Czech dengan jaringan hatrik sumbangan Raheem Sterling pada perlawanan kelayakan final Euro 2020 yang berlangsung awal pagi tadi.

England kini mendahului Kumpulan A menjelang kunjungan awal pagi Selasa ini ke Montenegro, yang seri 1-1 di Bulgaria.

Jadon Sancho ialah seorang lagi anggota tambahan skuad kendalian Gareth Southgate sejak kebangkitan skuad Three Lions di Russia dan diberikan permulaan dalam kesebelasan utama buat kali pertama dalam aksi kompetitif antarabangsa.

Pemain berusia 18 tahun yang menyerlah di Bundesliga buat Borussia Dortmund musim ini memberikan penyokong England lebih keseronokan dengan tambahan kepada Sterling dan Kane yang kini berada di puncak.

Sterling hanya menjaringkan dua gol dalam 45 kaps pertamanya namun pemain sayap Manchester City itu kini mengumpul lima gol dalam tiga penampilan terakhir England ketika dia sudah matang pada peringkat antarabangsa.

Satu lagi gol England dijaringkan sendiri pemain Republik Czech, Tomas Kalas yang menyepak ke gawang sendiri pada penghujung permainan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast