Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sudah menandatangani Statut Rome tetapi menterinya gagal memberi penjelasan tepat mengenainya.

Justeru Barisan Nasional (BN) merancang mengemukakan usul berkaitan kovensyen antarabangsa itu ke Dewan Rakyat hari ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penelitian secara terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu dari segi ‘hansard’ Parlimen dan juga Perlembagaan.

“Saya telah difahamkan bahawa menteri memang tidak menjawab secara tepat persoalan yang diajukan antaranya berkaitan prosedur sebelum menandatangani Statut Rome; adakah perlu ia dibawa ke Majlis Raja-Raja terlebih dahulu untuk diperkenan atau tidak.

“Kita bercadang untuk membuat usul tetapi kita harus tengok ‘hansard’ dan kalau benar memang tidak ada jawapan tepat dari menteri maka kita akan buat usul untuk kerajaan tarik semula.

“Ini bukan perkara baru kerana banyak negara yang telah tandatangan tarik balik… tapi sebelum buat usul seperti yang saya katakan kita akan kaji secara terperinci dulu sama ada perkara ini memang perlu dibawa kepada Majlis Raja-raja atau tidak kerana perkara ini memberi kesan kepada Raja-raja Melayu seperti apa yang selama ini kita bimbangkan,” ujar beliau dipetik dari UMNO-Online.

Semalam, kerajaan pimpinan PH telah dibidas kerana menandatangani Statut Rome tanpa mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast