Gonzalo Higuain

LONDON – Penyerang Argentina, Gonzalo Higuain secara rasminya telah mengumumkan persaraannya daripada pentas antarabangsa.

Kali terakhir Higuain beraksi dalam pentas antarabangsa adalah pada pertemuan menentang Nigeria dalam saingan kumpulan D Piala Dunia 2018 pada Jun lalu.

”Masa saya bersama Argentina sudah berakhir dan saya telah memikirkan keputusan ini sedalam-dalamnya apabila karier saya sudah berakhir.

”Saya membuat keputusan ini kerana untuk menikmati masa bersama keluarga, anak perempuan saya dan pada masa yang sama, saya telah memberikan segala yang termampu buat negara saya (Argentina),” kataya lapor FIFA.com hari ini.

Dalam pada itu, Higuain yang dipinjamkan ke Chelsea daripada Juventus mahu memfokuskan sepenuh komitmen terhadap kelab Liga Perdana Inggeris tersebut.

Ini kerana jelasnya, Liga Perdana Inggeris amat menakjubkan dan sangat kompetitif.

Sepanjang bersama Argentina, Gonzalo Higuain telah membuat 75 penampilan dan berjaya menjaringkan 31 gol buat skuad Albiceleste. – MalaysiaGazette