kacang tanah
Gambar hiasan

SEOUL- Korean Air akan berhenti menghidangkan kacang tanah sebagai snek selepas insiden dua beradik gagal meneruskan penerbangan akibat alergik terhadap kacang tersebut.

Ibu bapa dua remaja lelaki itu memberitahu media awal bulan ini yang mengatakan anak-anak mereka dikeluarkan daripada pesawat kerana syarikat penerbangan Korea Selatan itu enggan melayan penumpang yang mempunyai alergik serius terhadap kacang tanah.

Dua remaja lelaki berkenaan terbang dari Atlanta ke Filipina bagaimanapun terkadas di Seoul apabila Korean Air enggan melayan permintaan untuk menghentikan hidangan kacang tanah berdekatan mereka kerana salah seorang daripada remaja tersebut mempunyai alahan teruk terhadap kacang tanah.

Perkara tersebut dilaporkan secara meluas di media-media termasuk USA Today dan Good Morning America.

“Korean Air akan menghentikan hidangan makanan yang mengandungi kacang tanah daripada makanan dalam penerbangannya untuk tempoh beberapa minggu.

“Keputusan untuk menghentikan produk kacang dan makanan yang mengandungi kacang sebagai langkah keselamatan minimum kepada penumpang yang mempunyai alergik,” katanya dalam satu kenyataan.

Korean Air mempunyai pelbahai sejarah mengenai insiden kacang tanah beberapa tahun kebelakangan ini dan imejnya pernah dirosakkan dengan skandal “kemarahan kacang tanah” pada 2014.

Kejadian berlaku apabila anak perempuan Ketua Eksekutif syarikat penerbangan tersebut, Heather Cho mengamuk apabila dihidangkan kacang tanah semasa dalam penerbangan kelas pertama dan telah mengarahkan pesawat berkenaan berpatah semula ke lapangan terbang New York.

Para pemegang saham kemudiannya sepakat membuang bapa Heather, Cho Yang-ho daripada lembaga pengarah.

Beliau mencatat sejarah apabila menjadi individu pertama dari keluarga pengasas gergasi korporat Korea Selatan yang dibuang daripada lembaga pengarah.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast