Natalia Fileva. foto Agensi

MOSCOW – Pemilik bersama syarikat penerbangan kedua terbesar di Rusia itu terbunuh ketika jet persendiriannya terhempas di Jerman, kata syarikat itu.

Natalia Fileva, salah seorang wanita terkaya di Rusia dan pemegang saham utama di S7, yang juga dikenali sebagai Siberia Airlines, maut selepas pesawat terhempas ketika mendarat di lapangan terbang Egelsbach dekat Frankfurt.

Seorang lagi penumpang dan juruterbang turut maut, menurut media Jerman yang memetik pihak berkuasa tempatan sebagai berkata.

pesawat
Serpihan pesawat kecil yang dinaiki Natalia Fileva kelihatan berasap selepas terhempas di di lapangan terbang Egelsbach, Frankfurt. foto Agensi

Punca kemalangan itu masih belum dikenal pasti, kata S7.

Pesawat peribadi itu terbang dari Cannes, Perancis tetapi ia hilang dari radar pada pukul 13:22 GMT, menurut Flightradar 24.

Majalah Forbes menganggarkan Fileva, 55, memiliki kekayaan bernilai AS$600 juta.

Rusia dan pihak berkuasa tempatan akan menyiasat kemalangan itu.

S7 adalah pesaing utama kepada Aeroflot, memiliki 96 pesawat dan terbang ke 181 buah bandar di 26 buah negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast