Foto Instagram Yuna

KUALA LUMPUR РPenyanyi yang popular di Los Angeles, Yuna bakal mengeluarkan single terbaharunya bertajuk Forevermore yang bakal dikeluarkan pada 5 April ini.

Berkongsi sedikit sedutan di laman Instagramnya, muzik video lagu tersebut menjalani penggambaran di sebuah stesen minyak lama di Kangar, Perlis.

Selain stesen minyak yang dipaparkan, netizen turut tertarik dengan penggunaan kereta legenda Malaysia, Proton Saga dalam muzik video Forevermore itu.

71554278420_img_1622
Stesen minyak dalam muzik video Yuna kelihatan seperti di luar negara

Apa yang menarik, dengan teknik pencahayaan dan suntingan yang menarik, stesen minyak itu kelihatan seperti di luar negara.

“Muzik video ini didedikasikan kepada semua stesen minyak di pekan-pekan kecil di utara Malaysia.

“Saya dan teman akan bahagikan minyak kereta berharga RM15 dalam kereta Kancil dan pandu selama 40 minit ke bandar terdekat,” tulis Yuna di laman Instagram mengenai pengalaman lama. – MalaysiaGazette