KPM

KUALA LUMPUR- Calon Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh menyemak permohonan masing-masing pada 12 April ini.

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, pelajar SPM tahun 2018 yang telah membuat permohonan melalui dalam talian boleh menyemak keputusan dengan melayari laman sesawang di https://matrikulasi.moe.gov.my/

 Tambahnya, calon yang berjaya ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2019 / 2020 dikehendaki membawa :

  1. Surat Tawaran
  2. Panduan pendaftaran pelajar
  3. Maklumat peribadi pelajar
  4. Akuan persetujuan ibubapa/penjaga & kesihatan pelajar
  5. Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah
  6. Borang Perjanjian pelajar (dua salinan)

Manakala calon yang tidak berjaya boleh mengemukakan rayuan di laman sesawang KPM di www.moe.gov.my mulai 12 April sehingga 26 April ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast