Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah menolak tawaran pengantaraan AirAsia dalam satu surat yang dihantar oleh peguam pengendali lapangan terbang itu. 

KUALA LUMPUR- MIDF Research percaya Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) akan mengekalkan unjuran positifnya daripada segi pertumbuhan penumpang terutama selepas pelepasan visa untuk warganegara China dan India untuk melawat Malaysia.

Firma tersebut dalam nota penyelidikannya berkata, usaha-usaha yang dilakukan MAHB itu bukan sahaja mampu menarik lebih banyak syarikat penerbangan malah turut menawarkan lebih banyak kesalinghubungan yang boleh mengurangkan kesan daripada pelaksanaan levi pelepasan yang akan dikuatkuatkuasakan kepada penumpang yang akan ke luar negara.

“Dengan itu, kami sekali lagi mengulangi keyakinan bahawa penumpang MAHB akan melepasi angka 100 juta pada 2019 dan dalam masa yang sama mengekalkan pertumbuhan pada kadar konservatif iaitu 3.5 peratus,” katanya.

Dalam pada itu, Firefly akan kembali beroperasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz, Subang ke Lapangan Terbang Seletar bermula 21 April ini selepas digantung sejak 1 Disember 2018.

Menurut Garis Panduan Rasmi Penerbangan, laluan Kuala Lumpur- Singapura merupakan laluan antarabangsa Asia Pasifik dengan lebih 30,000 penerbangan dari Mac 2018 sehingga Februari 2019.

Berdasarkan data MAHB, Firefly menerbangkan kira-kira 4,000 pesawat setahun ke laluan tersebut (dengan anggaran minimum lima hingga enam penerbangan sehari pergi dan balik dari Singapura).- MalaysiaGazette