Dr Maszlee Malik

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memutuskan setiap sekolah dibenarkan untuk mengambil Cuti Peristiwa selama empat hari dalam setahun tanpa perlu menggantikannya.

Jelasnya, pihak sekolah boleh mengemukakan permohonan kepada Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk kelulusan.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerima pertanyaan mengenai penggunaan Cuti Peristiwa sebanyak empat hari dalam setahun kebelakangan ini.

Sehubungan itu Dr Maszlee Malik berkata, Menteri Pendidikan telah memutuskan bahawa setiap sekolah boleh mengambil Cuti Peristiwa selama empat hari dalam setahun seperti sebelum ini tanpa perlu menggantikannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast