KUALA LUMPUR – Yayasan Tabung Pendidikan 1 Bilion (TP1B), alumni UiTM melancarkan infaq untuk majlis iftar dan sumbangan kepada para pelajar asnaf.

Acara tradisi alumni UiTM itu akan diadakan pada 17 Ramadan 1440 Hijrah ini bersamaan 22 Mei ini di Masjid Tuanku Mizan UiTM Shah Alam.

Dianggarkan seramai 200 penuntut UiTM asnaf akan menerima wang sumbangan bagi persiapan bulan Ramadan dan Syawal.

Sehubungan itu, TP1B dalam kenyataan akhbarnya hari ini mempelawa para alumni universiti itu dan umat Islam mengeluarkan infaq atau sedekah untuk menjayakan majlis itu.

“Setiap seorang asnaf akan diberi RM300 dan penderma boleh menyalurkan infaq untuk setiap asnaf atau sebarang jumlah secara ikhlas,” jelas kenyataan itu.

Tema majlis infaq tahun ini ialah Keep Sedekah Biar Hidup Makin Barakah.

Infaq boleh disalurkan melalui akaun AffinBank TP1B 1051 4000 8427 (Rujukan: IFTAR 2019). Setiap derma akan dikecualikan daripada cukai.- MalaysiaGazette