Pengarah Urusan Les 'Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi (tengah) bergambar kenangan bersama barisan pengendali panggung wayang di Malaysia pada sidang media pengumuman kutipan filem pecah panggung RM25 juta mengalahkan filem animasi antarabangsa di Aloft Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 11 APRIL 2019.

KUALA LUMPUR – Filem animasi tempatan, Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal berjaya meraih kutipan tiket RM25 juta selepas tiga minggu di pawagam.

Filem terbitan Les’ Copaque Production itu juga mencatatkan jumlah sebanyak dua juta penonton, kata Pengarah Urusan Les ‘Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md. Radzi hari ini.

MGF11042019_PC UPIN IPIN45
Pengarah Urusan Les ‘Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi berucap pada sidang media pengumuman kutipan filem pecah panggung RM25 juta mengalahkan filem animasi antarabangsa di Aloft Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 11 APRIL 2019.

Ia sekali gus mencatat rekod kutipan tertinggi sepanjang zaman bagi kategori filem animasi di pawagam Malaysia.

Ia juga mengatasi filem antarabangsa Incredibles 2 yang memegang rekod tersebut sebelum ini.- MalaysiaGazette