Presiden MFA, Datuk Radzali Hassan

KUALA LUMPURPameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2019 (FIM2019) berjaya merekodkan nilai transaksi berjumlah RM452 juta, meningkat sembilan peratus berbanding tahun lalu.

Siri kali ini melibatkan penyertaan syarikat francais dari 14 buah negara iaitu Amerika Syarikat, Australia, Belanda, Turki, Indonesia, Korea Selatan, China, Taiwan, Hong Kong, Jepun, Itali, Filipina, Singapura dan Thailand dengan dihadiri lebih 11,000 orang pengunjung tempatan dan antarabangsa.

Pengerusi MFA, Datuk Radzali Hassan berkata, FIM2019 yang berlangsung selama tiga hari itu turut menyaksikan Sesi Pertukaran Perjanjian Francais antara Mediconstant Holding Sdn Bhd, City Coin Laundry Sdn Bhd dan Revenue Valley Sdn Bhd dengan francaisi induk mereka daripada Thailand, Cambodia, Myanmar, Vietnam, Turkey, Brunei, Maldives dan Jordan.

“FIM2019 telah merekodkan sebanyak lebih 150 sesi pemadanan perniagaan antara francaisor dan bakal-bakal francaisi.

“Manakala untuk Franchise In-Buying Mission (FIBM) yang melibatkan lapan belas (18) wakil pelabur antarabangsa dari tiga belas (13) buah negara seperti United Kingdom, Hungary, Poland, Sweden, Netherland, Kazakhstan, Thailand, Myanmar, Oman, Indonesia, India, Russia and Vietnam yang turut menyumbang kepada nilai transaksi pelaburan FIM2019,”  katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Program anjuran bersama KPDNHEP dan MFA adalah merupakan acara tahunan dan tahun ini merupakan tahun yang ke-26 penganjurannya.- MalaysiaGazette