TOKYO – Para pegawai Jepun meminta rakan sejawat mereka dari Amerika Syarikat (AS) mengawal tingkah laku anggota tentera mereka di pengkalan Okinawa selepas seorang anggota tentera marin AS dilaporkan membunuh teman wanita warga Jepunnya, insiden jenayah terbaharu membabitkan warga Jepun dan AS.

Menteri Pertahanan, Takeshi Iwaya merancang meminta pemimpin tentera AS menguatkuasakan disiplin ke atas anggota tentera, katanya kepada agensi berita NHK berikutan insiden bunuh-bunuh diri di bandar Chatan awal bulan ini yang mana seorang anggota tentera marin, Gabriel Olivero, 32, disyaki menikam teman wanita warga Jepun sehingga mati sebelum beliau membunuh diri dengan menggunakan pisau yang sama.

Iwaya akan meminta angkatan tentera AS mengambil ‘langkah sepenuh untuk mengelak kejadian daripada berulang dan tidak menyebabkan kegelisahan dalam kalangan penduduk tempatan’, katanya kepada NHK.

Kenyataannya selari dengan rayuan terhalang oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar, Takeo Akiba pada Sabtu lalu yang merayu Duta AS, William Hagerty untuk membantah keganasan dan melaksanakan disiplin dalam kalangan warga AS selepas kedua-dua mayat itu ditemui.

Akiba meminta envoi AS memberi kerjasama dalam siasatan kematian tersebut dan usaha terbaik dalam menghalang tragedi sama berulang.

Sementara itu, tentera AS diingatkan untuk ‘menunjukkan solidariti kepada jiran mereka, penduduk Okinawa’ menerusi sepucuk surat yang dihantar oleh Ketua Angkatan Tentera AS di Okinawa dan Pemerintah Tentera Marin AS di Jepun, Leftenan Jeneral Eric Smith kepada ketua-ketua unit tentera pada Ahad lalu.

Mereka diberi amaran mengenai insiden tersebut ‘telah dan akan terus menyebabkan perasaan yang mendalam’ dan diminta supaya tidak keluar pada hari pengkebumian.

Hubungan kekal tegang antara penduduk Okinawa dengan kira-kira 27,000 anggota tentera AS yang ditempatkan di pulau itu, yang mana kira-kira separuh daripada jumlah keseluruhan anggota tentera AS berasa di Jepun.

Penduudk Okinawa menolak pembukaan sebuah pengkalan tentera AS baharu di kawasan terpencil di pulau itu dalam satu referendum pada Februari lalu dengan memberi alasan kerosakan alam sekitar selain risiko keselamatan pengkalan tentera kepada penduduk tempatan.

Bagaimanapun Tokyo merancang meneruskan rancangan tersebut.

Sejak kebelakangan ini, anggota tentera AS terlibat dengan pelbagai jenayah daripada memandu dalam keadaan mabuk hingga melibatkan rogol dan pembunuhan ketika pengkalan tentera itu sendiri menyumbang kepada pencemaran dan isu kualiti kehidupan lain, menurut penduudk tempatan. – Agensi