Gambar hiasan

SANAA – Seramai 45 wartawan telah terbunuh di Yaman sejak pertempuran meletus antara Kerajaan Yaman yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan kumpulan Houthi pada 2015, kata kumpulan wartawan pada Jumaat.

The Yemeni Journalists Syndicate berkata, sepanjang tempoh itu sebanyak 165 platform akhbar berhenti berfungsi dan 200 laman web berita tempatan dan Arab telah disekat.

Bagaimanapun ia tidak menuduh mana-mana pihak berada di belakang serangan dan pencabulan terhadap wartawan.

Sebaliknya, badan wartawan itu menggesa semua pihak menghentikan pencabulan terhadap wartawan dan amalkan kebebasan kewartawanan di negara ini.

Yaman kekal dibahagikan kepada tiga zon pengaruh — kerajaan sah yang disokong oleh Arab Saudi, Houthi yang disokong oleh Iran dan Majlis Peralihan Selatan (STC) yang disokong oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Yaman telah terlibat dalam konflik sejak campur tangan tentera oleh pakatan Arab pimpinan Arab Saudi pada Mac 2015 berikutan rampasan Houthi di ibu negara, Sanaa.

Sejak dua tahun lalu, Yaman telah menyaksikan keadaan gencatan senjata dan terhenti dalam pertempuran antara pihak yang bertelagah, namun, keadaan masih tidak stabil di seluruh negara. – Agensi