Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggunapakai falsafah ‘Pak Pandir’ dalam pemerintahannya.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sikap kerajaan PH tidak mahu mengaku kesalahan diri sebaliknya menuding jari kesilapan yang dilakukan orang lain adalah falsafah terkebelakang.

“Sepatutnya dicari penyelesaian terhadap masalah itu, bukan menyalahkan orang lain.

“Falsafah inilah yang digunapakai Pak Pandir, ‘bukan aku sahaja salah, mereka salah juga’,” katanya dalam Bicara Minda Presiden, hari ini.

Katanya, beliau melihat Mahathir memimpin sebuah kerajaan bersama parti politik gabungan yang baharu umpama ‘tidur satu bantal, tetapi mimpi lain-lain’.

Abdul Hadi menegaskan, banyak janji manifesto yang ditabur PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lalu mustahil dilaksanakan dalam tempoh singkat.

Tetapi, jelas beliau, janji mereka kepada rakyat seolah boleh dibuat dalam sekelip mata sahaja.

“Sudah tentulah rakyat akan menilai dalam masa setahun ini untuk menunggu ditunaikan manifesto itu.

“Kita dapat menyaksikan kesusahan rakyat menghadapi kehidupan, sama ada dalam aspek kos sara hidup, masalah inflasi termasuklah masyarakat yang menghadapi masalah keamanan yang tidak menyenangkan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.