Gambar hiasan

KANGAR – Zakat fitrah bagi umat Islam di Perlis tahun ini kekal sama seperti tahun lepas iaitu RM7 seorang.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor berkata, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan dengan kadar itu.

“Setiap orang Islam yang tinggal dalam negeri ini wajib mengeluarkan fitrah sepertimana ditetapkan bagi diri, isteri, anak dan tanggungannya.

“Zakat hendaklah dibayar kepada amil-amil yang dilantik oleh MAIPs,” kata Mohd Nazim kepada media selepas pengisyhtiharan kadar zakat Fitrah oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Masjid Al-Ghufran, Jalan Kaki Bukit, di sini, hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin selaku Yang Dipertua MAIPs juga berkenan menyampaikan sumbangan kepada 20 orang asnaf kariah masjid tersebut sebelum menunaikan sembahyang Jumaat. – MalaysiaGazette