Pelakon, Rozita Che Wan (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Fadillah Mat Said (kiri) pada sidang media Pelancaran Kad SIM Glamor My Prepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan di Hotel Royale Chulan Damansara, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 29 APRIL 2019.

PETALING JAYA -Tinggal beberapa hari sahaja lagi menjelang bulan Ramadan namun Che Ta sudah lengkap dalam persiapan baju rayanya.

Jika sebelum ini beberapa kali pernah berkongsi jumlah baju raya, kali ini Che Ta memilih untuk berahsia kerana tidak mahu dianggap riak.

“Baju raya dan lengkap, berapa helai tak mahulah cakap nanti kena kecam,” ujarnya berseloroh katanya ketika sempena pelancaran kad sim glamour Myprepaid edisi ekslusssif Rozita Che Wan di sini hari ini.

Teruja menyambut bulan Ramadan tidak lama lagi bersama-sama keluarga, Che Ta berhasrat dapat khatam al-Quran dalam tempoh sebulan.

Selain aktif dalam perniagaan produk kesihatan, Che Ta memaklumkan bakal melancarkan produk terbaharunya sempena raya akan datang iaitu shawl dan abaya.- MalaysiaGazette