Tujuh kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung urusan cukai jalan yang dipercayai melibatkan ketirisan mencecah RM3.1 juta, dua tahun lalu.

PUTRAJAYA – Seorang bekas pegawai khas menteri di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan projek di sebuah kementerian termasuk pembekalan peralatan pesawat bernilai kira-kira RM1.8 juta.

Perintah tahanan reman terhadap ‘Datuk’ itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin bermula hari ini hingga Khamis selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Lelaki berumur 50 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 12 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber SPRM, siasatan awal mendapati suspek dikatakan telah menerima wang rasuah daripada beberapa syarikat kontraktor sebagai balasan mendapatkan projek pembekalan peralatan secara rundingan terus dengan sebuah kementerian termasuklah pembekalan peralatan pesawat yang dianggarkan bernilai RM1.8 juta pada sekitar 2017. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast