SINGAPURA – Harga minyak dunia susut berikutan jangkaan peningkatan pengeluaran bahan bakar dari Amerika Syarikat dan OPEC bagi mengimbangi sekatan minyak Iran.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$ 71.75 setong pada 0131 GMT turun 0.4 peratus berbanding harga penutup.

Manakala kontrak hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) didagangkan pada AS$ 63.35 setong susut 0.2 peratus daripada penyelesaian sebelumnya.

Harga minyak melonjak sekitar 40 peratus antara Januari dan April, dipacu oleh pemotongan bekalan yang diketuai oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang dikuasai di Timur Tengah serta sekatan Amerika Syarikat terhadap pengeluar Iran dan Venezuela.

Tetapi harga berada di bawah tekanan ke bawah akhir minggu lepas selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump secara terbuka memberi tekanan kepada OPEC dan Arab Saudi untuk meningkatkan pengeluaran untuk memenuhi kekurangan penawaran yang disebabkan oleh sekatan ke atas Iran

Stephen Innes, Ketua Perdagangan di SPI Asset Management berkata, OPEC “ingin mengelak semua kos harga minyak yang melonjak ke tahap yang akan mencetuskan kemerosotan permintaan, (sementara) ia jelas dalam kepentingan OPEC untuk mengekalkan harga lantai”.

Bank of America Merrill Lynch berkata, pengeluaran minyak Iran akan jatuh kepada 1.9 juta tong sehari pada pertengahan kedua 2019 daripada 3.6 juta tong sehari pada suku ketiga 2018 selepas Washington mengakhiri pengimportan minyak kepada negara-negara Asia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast