Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 1 sen seliter kepada RM2.80 seliter bagi tempoh 4 Mei hingga 10 Mei 2019.

Harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal, masing-masing dijual pada harga RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan, berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.50 seliter dan RM2.47 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Menurut kenyataan itu, anggaran tanggungan subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dalam tempoh 4 Mei sehingga 10 Mei 2019 berjumlah RM130.45 Juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast