Puan Sri Juriah Ahmad, isteri kepada Tan Sri Musa Hassan yang merupakan bekas Ketua Polis Negara menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Petaling Jaya pukul 10.17 malam ini.

KUALA LUMPUR – Puan Sri Juriah Ahmad, isteri kepada Tan Sri Musa Hassan yang merupakan bekas Ketua Polis Negara menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Petaling Jaya pukul 10.17 malam ini.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Sultan Abdul Aziz, untuk urusan mandi, kafan dan solat jenazah.

Jenazah dijangka dikebumikan kira-kira pukul 10.30 pagi di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara. – MalaysiaGazette