Idris Haron.
Idris Haron.

KUALA LUMPUR – Mana janji Pakatan Harapan (PH) hendak berkhidmat dan membela nasib rakyat sekiranya parti itu diberi mandat mentadbir kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Apa yang berlaku ketika tempoh pemerintahannya hampir mencecah satu tahun pada Khamis ini, kerajaan PH masih terus bermain politik, tanpa melaksanakan tanggungjawab sebagai kerajaan.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, banyak kerosakan dan penyelenggaraan yang sepatutnya diselesaikan untuk keselesaan rakyat di negeri itu, gagal dilaksanakan oleh kepimpinan PH.

“Dulu cakap berdegar-degar nak bela nasib rakyat, bila dah ada kuasa tak buat kerja pula,” katanya yang dipetik MediaUMNO, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang menegaskan, cukuplah bagi kerajaan PH terus berpolitik dan tidak menjadikan rakyat sebagai mangsa.

Katanya, sebelum ini PH selalu menyelar pentadbiran kerajaan lalu, Barisan Nasional (BN), namun sekarang ternyata mereka lebih teruk.

“Antaranya kerosakan jalan raya, paip bocor, rumput panjang, selain kelembapan pelantikan kontraktor untuk kerja penyelenggaraan di setiap DUN.

“Itu menyeksa rakyat namanya… dari atas sampai ke bawah semua tak boleh harap,” tegas beliau.

Pada masa sama, Idris turut membidas PH yang dikatakan akan menaikkan kadar tarif air di negeri itu.

“Sudahlah kerja tak buat, tarif air pula nak naik… nama saja Pakatan Harapan tapi haprak,” bidasnya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast