Anggota polis sedang menjalankan pemeriksaan di ATM di Wisma Unikeb yang cuba diletupkan semalam. foto Bernama

BANGI – Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Wisma Unikeb di sini diletupkan, dipercayai dilakukan dua lelaki bertopeng yang cuba meyamun wang daripada mesin itu.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 8 malam.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai dua lelaki yang datang menaiki kereta cuba memecahkan mesin ATM dengan bahan letupan namun kami masih mengenal pasti jenis bahan letupan yang digunakan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata, bagaimanapun suspek gagal melarikan peti wang mesin ATM itu selepas dua kali cuba melakukan letupan pada jam 7.53 malam.

Sehubungan itu, polis sedang mengesan suspek bertopeng yang dipercayai meletupkan mesin ATM itu dan sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan suspek.

Siasatan turut dijalankan unit pemusnah bom, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast