KUALA LUMPUR – Seramai 90 anak yatim dari Rumah Bakti Dato Harun, Ulu Kelang di sini, diraikan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dalam majlis iftar.
Program tahunan Perkasa itu yang menyasarkan anak yatim dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, berbuka puasa, solat hajat, Isyak dan solat sunat Tarawih.
Turut hadir pada majlis itu ialah pimpinan Ahli Dewan Tertinggi (ADT) Perkasa Pusat yang diketuai Presidennya, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali dan pimpinan Exco Wira, Wiranita dan Wirawati seramai 110 orang.
Dr. Ibrahim ketika ditemui MalaysiaGazette, mengucapkan syukur kerana majlis itu yang dijadikan program tahunan Perkasa sejak 10 tahun lalu berjalan lancar dan sempurna.
“Kami mulakan majlis ini dengan tazkirah dan tahlil, sebelum berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak berjemaah dan solat sunat Tarawih,” katanya. – MalaysiaGazette