Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini, walaupun Amerika Syarikat (AS) dijangka mengumumkan satu lagi kenaikan tarif ke atas barangan China pada awal Disember. 
. Ringgit dijangka didagangkan pada paras 4.165 hingga 4.185 pada minggu depan, didorong oleh faktor luaran termasuk hala tuju dolar Amerika Syarikat (AS) serta harga minyak, kata penganalisis.-Gambar hiasan.

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang hari ini, mengumumkan pemberian bonus raya sebanyak RM600 kepada penjawat awam negeri gred 54 ke bawah.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Pejabat Kewangan Negeri kini sedang memproses pembayaran bonus itu, yang dijangka selesai selewat-lewatnya pada 24 Mei ini.

“Jumlah mereka yang akan menikmati pemberian bonus raya ini ialah seramai 8,000 orang.

Wan Rosdy berharap mereka yang menerima bonus itu dapat menggunakannya sebaik mungkin untuk membuat persiapan hari raya yang akan disambut tidak lama lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast