Cermin bas pelancong pecah selepas terkena letupan bom ketika melintasi pagar Muzium Mesir di Giza. foto Reuters

KAHERAH – Satu ledakan bom mensasarkan sebuah bas pelancong telah mencederakan 16 orang berhampiran Muzium Besar Mesir yang terletak bersebelahan dengan piramid di Giza.

Kebanyakan penumpang yang cedera terdiri daripada warga Afrika Selatan.

Mereka mengalami kecederaan kecil hingga sederhana.

Alat peranti itu meletup ketika bas berkenaan melalui pagar muzium.

Setakat ini belum diketahui dalang di sebalik kejadian itu tetapi pemberontak Islam pernah melancarkan serangan ke atas pelancong.

Bulan Disember lalu, tiga pelancong Vietnam dan pemandu pelancong terbunuh selepas bom yang diletupkan di jalan raya terkena pada bas yang dinaiki mereka. – MalaysiaGazette