Darell Leiking

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengeluaran dan Buruh, Argentina Dante Enrique Sica di Buenos Aires.

Pertemuan itu bagi bertukar pandangan untuk mengukuhkan hubungan dagangan dua hala serta ikatan ekonomi dan pelaburan menerusi kerjasama dalam pelbagai sektor termasuk robotik Industri 4.0, Internet of Things (IoT) dan alat ganti dan komponen automotif.

MITI dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, Darell turut mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat Argentina untuk membincangkan peluang-peluang perdagangan dan pelaburan dalam sektor jentera, agro-makanan, makanan kesihatan, kepintaran buatan untuk amaran alam sekitar serta program-program pembangunan kapasiti.

Argentina kekal sebagai rakan kongsi perdagangan ketiga terbesar dalam kalangan negara-negara Amerika Latin pada 2018.

Perdagangan dengan Argentina mencecah RM5.39 bilion pada 2018 dengan eksport ke negara tersebut direkodkan sebanyak RM570 juta manakala import berjumlah RM4.81 bilion.

Produk-produk getah, elektrik dan elektronik, produk petroleum, minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit serta jentera, peralatan dan alat ganti menyumbang hampir 70 peratus eksport ke Argentina. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast