Saifuddin Abdullah
Saifuddin Abdullah

KUALA LUMPUR – Kerajaan merancang untuk melonggarkan syarat kemasukan pelancong China ke Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia Tahun 2020.

Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pengumuman rasmi akan dikeluarkan tidak lama lagi dan kementeriannya bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri.

“Tahun depan, kita akan meraikan tahun pelancongan dan budaya.

“Kami telah melihat jumlah pertukaran pelancong yang baik antara kami (Malaysia dan China).

“Saya gembira untuk mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia sedang berusaha untuk melonggarkan beberapa keperluan kemasukan bagi pelancong China,” katanya seperti yang dilaporkan oleh The Star.

Beliau berkata demikian sempena majlis sambutan ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik antara China dan Malaysia.

Saifuddin berkata, hubungan antara Malaysia dan China bertahan lebih daripada empat dekad berdasarkan platform tamadun persahabatan.

“Itulah sebabnya hubungan antara negara besar seperti China dan negara kecil seperti Malaysia sangat unik dan kami dapat mempertahankan sejarah persahabatan dan kolaborasi yang lama tanpa mengira apa yang berlaku sepanjang masa,” katanya.

Saifuddin menambah, hubungan kukuh antara kedua-dua negara, yang menjalin hubungan ketika waktu sukar 45 tahun lalu, merupakan punca isu-isu seperti projek Laluan Pantai Timur (ECRL) dapat diselesaikan.

“Hubungan kami didasarkan pada semangat keramahan, faedah bersama, tamadun lampai dan ini sebabnya kami dapat menyelesaikan dan menangani isu-isu seperti ECRL,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.