KUALA LUMPUR- Bursa Malaysia menyusut daripada kenaikan semalam dan dibuka lebih rendah pagi ini menyaksikan aktiviti pengambilan untung di tengah-tengah persekitaran pasaran yang berhati-hati.

Pada 9.05 pagi, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.39 mata kepada 1,612.18 selepas dibuka 0.11 mata lebih tinggi pada 1,614.68.

Indeks itu ditutup pada paras tertinggi semalam, meningkat 13.22 mata kepada 1,614.57.

Kaunter turun mengatasi naik sebanyak 134 berbanding 104 dengan 126 kaunter tidak berubah, manakala 1,588 tidak diniagakan dan 60 yang lain digantung.

Sejumlah 78.28 juta saham bertukar tangan bernilai RM33.57 juta. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast