Amir Hamzah SAzizan
Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB), Amir Hamzah Azizan (kanan) beramah mesra bersama para media pada Majlis Berbuka Puasa TNB Bersama Media di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 30 MEI 2019

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd (TNB) perlu berkembang selari dengan kemajuan negara, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Amir Hamzah Azizan.

Menurut beliau , pihaknya kini melihat kepada pengkomersialan perniagaan fiber, pembesaran (perniagaan), selain mula melihat kepada penyertaan di luar negara.

“Kami boleh tunjuk apa yang kami mampu lakukan di luar negara,” katanya selepas majlis berbuka puasa dengan media digital semalam yang merupakan hari ke-59 beliau menerajui syarikat utiliti negara itu.

Beliau yang merupakan CEO Kumpulan Themed Attractions Resorts & Hotels Sdn Bhd. dilantik menerajui TNB berkuatkuasa 2 April lalu.

Tambah Amir Hamzah, apabila beliau mula memgang jawatan tersebut, TNB telah pun mempunyai perancangan apa yang mahu dilakukan.

“Jika anda melihat kepada sejarah Tenaga (TNB), saya berpendapat Tenaga telah melakukan dengan baik,” ujarnya.

Oleh itu, menurut Amir Hamzah, dengan perancangan yang ada ia merupakan perubahan menarik untuk TNB pada masa depan. – MalaysiaGazette