TALLAHASSEE – Seorang pegawal keselamatan bersenjata ditahan selepas kes serangan yang menyebabkan kematian 17 orang dan menghadapi pelbagai pertuduhan termasuk pengabaian kanak-kanak.
Scot Peterson, yang bertugas di Marjory Stoneman Douglas High School, didapati tidak memasuki kawasan sekolah ketika tembakan berlaku tahun lepas.
Kelibatnya kelihatan dalam rakaman gambar yang ditunjukkan oleh pihak berkuasa selepas kejadian berkenaan.
Peterson kemudian meletakkan jawatan.
Tindakan pengawal keselamatan itu disifatkan sebagai pengecut oleh Presiden Donald Trump.
Peterson kemudian mendakwa dia tidak tahu dari arah mana tembakan itu datang.
Dalam insiden itu, seramai 17 orang penuntut dibunuh semasa Hari Valentine.
Bekas pelajar sekolah itu, Nikolas Cruz, 19, yang mengaku melepaskan tembakan telah didakwa dengan 17 pertuduhan membunuh.
Susulan siasatan kes tersebut oleh Pihak Berkuasa Jabatan Undang-Undang Florida, Peterson ditahan atas tujuh pertuduhan kerana pengabaian kanak-kanak dan kecuaian.
Siasatan itu menunjukkan Peterson tidak berbuat apa-apa untuk menghalang tembakan itu, kata Ketua Polis, Rick Swearingen.
“Tidak ada alasan untuk dia tidak bertindak dan tidak ada soalan mengapa dia tidak bertindak untuk melindungi nyawa,” ujarnya. – MalaysiaGazette
















