Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah menolak tawaran pengantaraan AirAsia dalam satu surat yang dihantar oleh peguam pengendali lapangan terbang itu. 

KUALA LUMPUR – Kebocoran paip di bilik pelepasan Pintu K8 di terminal klia2 telah dibaiki dan beroperasi sepenuhnya pada jam 2.30 petang tadi.

Menurut Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), kejadian yang berlaku pada jam 5.30 pagi telah menyebabkan sebahagian siling runtuh.

Bagaimanapun, dewan pelepasan itu kosong ketika insiden tersebut berlaku berikutan tiada penerbangan dijadualkan di pintu tersebut.

“Seorang kakitangan lapangan terbang dengan pantas telah memaklumkan kepada pasukan operasi bagi tindakan segera,” katanya menerusi kenyataan.

Insiden tersebut tidak menyebabkan sebarang gangguan operasi penerbangan, ujarnya.

Group chief executive officer Raja Azmi Raja Nazuddin said that the team was quick to respond to ensure continuous smooth operations at the airport especially during this peak travelling period.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Raja Azmi Raja Nazuddin berkata, tindakan pantas dilakukan bagi memastikan operasi berjalan lancar di lapangan terbang itu khususnya semasa waktu puncak. – MalaysiaGazette