Dr. Maszlee Malik
Dr. Maszlee Malik

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia mengalu-alukan usaha Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu melibatkan bidang pendidikan dalam membentuk budaya tidak bertoleransi dengan rasuah.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengakui pendidikan adalah teras penting dalam mendidik masyarakat tentang keburukan jenayah rasuah.

Sehubungan itu, beliau dan kementerian mahu menjemput Latheefa Koya ke pejabatnya bagi mengadakan perbincangan lanjut untuk meneroka pelbagai ruang kerjasama ke arah matlamat Malaysia bebas rasuah.

Dalam kenyaan mula tugas baru-baru ini, Latheefa bertekad mahu mengubah Malaysia kepada satu kemasyarakat yang alah rasuah dan bebas rasuah.

” Saya juga akan melihat kepada tindakan jangka panjang, termasuk juga pendidikan, bagi mewujudkan satu budaya yang tidak bertoleransi kepada rasuah.

“Adalah hak asas setiap rakyat Malaysia untuk dibenarkan hidup, bekerja dan makmur dalam satu persekitaran yang bebas
rasuah. Dengan pertolongan Allah SWT, saya berharap untuk berjaya dalam tugas saya ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast