Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

KUALA LUMPUR – Muktamar Tahunan Pas kali ke-65 yang akan berlangsung di Kuantan dari 21 hingga 23 Jun ini menyaksikan pertandingan untuk mengisi jawatan di peringkat pusat.

Seramai 37 calon telah layak bertanding untuk mengisi 18 jawatan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

Dari jumlah itu, 29 calon telah menyatakan kesediaan untuk bertanding, manakala empat telah dicalon untuk jawatan Naib Presiden iaitu tiga penyandang sedia ada dan seorang pencabar, Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sehingga hari ini, tidak ada nama lain dicadangkan untuk mengisi jawatan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden kecuali nama penyandang iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat, Dr. Mohd Fuad Mohd Salleh, untuk itu, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden disahkan telah dimenangi tanpa bertanding.

Kata beliau, bagi Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP), semua jawatan telah dimenangi tanpa bertanding, manakala Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) menyaksikan 16 calon menyatakan persetujuan bertanding mengisi 12 jawatan Ahli Jawatankuasa.

Seorang calon Timbalan Pengerusi Tetap Muktamar DPPM telah menarik diri menjadikan jawatan tersebut dimenangi tanpa bertanding dalam muktamar yang akan berlangsung selama dua hari dari 19 hingga 20 Jun ini.

Untuk Dewan Muslimat Pas Pusat (DMPP) pula, semua jawatan tertinggi telah dimenangi tanpa sebarang pertandingan, namun begitu untuk Ahli Jawatankuasa Kerja DMPP seramai 17 calon telah menyatakan kesediaan untuk bertanding bagi mengisi 12 jawatan.

“Muktamar DMPP pula akan berlangsung pada 15 Jun ini di Gambang, Kuantan,” katanya.

Kata beliau, sesuai dengan konsep syura yang diamalkan oleh parti Pas sejak sekian lama, calon masih mempunyai peluang untuk menarik diri bagi mengelak pertandingan.

Kepada mereka yang berhasrat untuk menarik diri, diberi masa sehingga esokuntuk berbuat demikian dengan menyatakan hasrat secara bertulis kepada Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat.

Berikut senarai calon AJK Pas Pusat sesi 2019-2021

  1. Abdullah Hussin
  2. Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi
  3. Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi
  4. Awang Solahudin Hashim
  5. Dr. Azman Ibrahim
  6. Dr. Halimah Ali
  7. Datuk Ar. Iskandar Abdul Samad
  8. Kamaruzzaman Mohamad
  9. Ahmad Marzuki Shaary
  10. Misbahil Munir Masduki
  11. Datuk Dr. Mohamad Fadhli Hassan
  12. Mohamad Sanusi Md. Nor
  13. Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali
  14. Dr. Mohd Mazri Yahya
  15. Datuk Mohd Nassuruddin Daud
  16. Dr. Mohd Zuhdi Marzuki
  17. Mokhtar Senik
  18. Muhammad Khalil Abdul Hadi
  19. Ir. Muhtar Suhaili
  20. Dr. Najihatussolehah Ahmad
  21. Nasruddin Hassan
  22. Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
  23. Razman Zakaria
  24. Dr. Riduan Mohd Noor
  25. Dr. Rosni Adam
  26. Sallehen Mukhyi
  27. Siti Zailah Mohd Yusoff
  28. Wan Rohimi Wan Daud
  29. Yusni Mat Piah

Senarai calon AJK Dewan Pemuda Pas Malaysia 2019-2021

  1. Abdul Malik Abd Razak
  2. Akram Ikrami Taib Azamudden
  3. Izwan Abdul Halim
  4. Juwahir Amin
  5. Khairul Nazir Helmi Azhar
  6. Mohammad Arifiriazul Paijo
  7. Mohammad Nadzim Ahmad
  8. Mohd Hafez Sabri
  9. Muhammad Fadzli Abu Bakar
  10. Muhd Khidhir Izaidin
  11. Muhtar Suhaili
  12. Nurul Islam Mohamed Yusoff
  13. Roslan Md Esa
  14. Mohd Al Ghazali Abu Bakar
  15. Saiful Syazwan Shafie
  16. Mohd Aizat Zakaria

Senarai calon AJK Dewan Muslimat Pas Pusat 2019-2021

  1. Dr. Azimah Ibrahim
  2. Dr. Halimah Ali
  3. Dr. Nurul Hani Ali
  4. Husna Hashim
  5. Kintan Man
  6. Dr. Mardhiyah Hayati Salleh
  7. Dr. Najihatussalehah Ahmad
  8. Noraini Hussin
  9. Normala Sudirman
  10. Nuri Muhammad
  11. Datuk Siti Ashah Ghazali
  12. Dr. ‘Uyun Abd Malek
  13. Dr. Uswah Twahir
  14. Wan Hasrina Wan Hasan
  15. Zuraida Md. Noor
  16. Dr. Wan Martina Wan Yusoff
  17. Asmak Hussin – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast