Latheefa Koya

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat semua laporan secara profesional dan tidak berpihak kepada mana-mana pihak.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Beebi Koya berkata, siasatan kes transaksi meragukan yang dimasukkan oleh sebuah syarikat pembinaan ke dalam akaun peribadi seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) akan dikendalikan timbalannya serta pasukan siasatan.

“Saya tidak akan terlibat dalam apa-apa cara, sama ada siasatan atau membuat keputusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam mendesak SPRM)menyiasat transaksi pemindahan sejumlah wang dalam dolar Amerika Syarikat ke dalam akaun peribadi milik seorang ahli politik negara ini.

Sebuah syarikat pembinaan infrastruktur dan kejuruteraan didakwa memindahkan wang berjumlah AS$741,440 ke dalam akaun seorang menteri kanan PH dengan menggunakan bank asing pada Disember 2017. – MalaysiaGazette

Lokman mahu SPRM siasat transaksi meragukan dalam akaun peribadi pemimpin PH