Muslimat Pas di seluruh negara bermuktamar di Bukit Gambar Resort City hari ini.
Muslimat Pas di seluruh negara bermuktamar di Bukit Gambar Resort City hari ini.

KUALALUMPUR – Dewan Muslimat Pas Malaysia (DMPM) mengadakan muktamarnya kali ke-59 di Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang hari ini.

Muktamar DMPM kali ini mencatat kelainan berbanding tahun sebelumnya kerana diadakan seminggu lebih awal dari muktamar penuh yang dijadualkan pada 21 hingga 24 Jun ini.

Bertemakan ‘Islam Memimpin, Wanita Sejahtera’, DMPM menyaksikan semua jawatan tertinggi sayap parti Pas itu dimenangi tanpa bertanding.

Namun, sekurang-kurangnya 17 calon muslimat telah disahkan bertanding bagi mengisi 12 jawatan Ahli Jawatankuasa DMPM bagi sesi 2019 – 2021

Sementara itu, Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) pula bermuktamar selama dua hari dari 19 hingga 20 Jun ini, juga di Bukit Gambang Resort City, manakala Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) pada 20 Jun di bangunan Wisma Belia Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

Muktamar penuh berlangsung di Stadium Tertutup SUKPA, Bandar Indera Mahkota pada 21 hingga 24 Jun ini, dengan ucapan dasar dan perasmian disempurnakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast