Sebahagian daripada penduduk Hong Kong yang menyertai tunjuk perasaan bagi mendesak Carrie Lam melepaskan jawatannya. foto Agensi

HONG KONG – Pemimpin Hong Kong, Carrie Lam memohon maaf kepada penduduk bandar raya iyu selepas tunjuk perasaan besar-besaran dalam sejarah diadakan bagi mendesak beliau melepaskan jawatannya.

Tuntutan itu susulan daripada tunjuk perasaan selepas Lam membenarkan rang undang-undang untuk mengekstradisi penduduk Hong Kong ke China untuk menghadapi perbicaraan.

Bagaimanapun, pembentangan rang undang-undang yang sepatutnya dibacakan pada hari Rabu lalu ditangguhkan berikutan protes oleh penduduk bandar raya tersebut.

Keputusan itu telah mencetuskan demonstrasi yang lebih besar semalam kerana para penganjur mahu rang undang-undang tersebut dibatalkan.

Penganjur berkata, hampir dua juta penduduk Hong Kong berada di atas jalan raya bagi mendesak ketua eksekutifnya melepaskan jawatan, sekali gus memberi cabaran besar kepada hubungan China dan wilayahnya selepas ia dikembalikan semula oleh Britain 22 tahun lalu.

Lam telah memohon maaf bagaimana kerajaan mengendalikan draf berkenaan.

Bagaimanapun, polis berkata, jumlah penyertaan penunjuk perasaan hanya 338,000 orang sahaja.

Protes berkenaan telah meletakkan Hong Kong ke dalam krisis politik, menimbulkan tekanan terhadap pentadbiran Lam dan Beijing.

Pengkritik mengatakan undang-undang ekstradisi yang dirancang boleh mengancam kedaulatan undang-undang Hong Kong dan reputasi antarabangsanya sebagai hab kewangan Asia.

Beberapa konglomerat Hong Kong telah mula menggerakkan kekayaan peribadi di luar pesisir. – MalaysiaGazette