kleptocrats Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh PAS Ulama Central Council Leader Muhyiddin Yassin
Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh diumumkan mengetuai Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) bagi sesi 2019-2021.

Nama beliau diumumkan sebagai Ketua DUPP yang baharu oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat, Dr. Fuad Salleh setelah tidak ada sebarang cabaran dan pertandingan.

“Hari ini, DUPP mendapat ketua yang baharu iaitu Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh,” kata Dr. Fuad pada Muktamar DUPP di Kuantan, hari ini.

Turut diumumkan, Timbalan Ketua DUPP, Datuk Dr. Johari Mat dan Naib Ketuanya, Khirul Muntanazar.

Barisan AJK DUPP ialah Zulkifli Ismail, Dr. Azhar Yaakob, Md. Nor Hamzah, Asri Mat Daud, Zulkarnain Hasan, Prof Dr. Badruzaman Yusof, Ismi Taib, Najhan Halim, Nushi Mahfodz, Nazri Chik, Ahmad Yahya dan Mokhtar Senik.

Pemilihan jawatan DUPP kali ini meneruskan tradisi apabila semua jawatan menang tanpa bertanding.

Dr. Nik Muhammad juga merupakan Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas. – MalaysiaGazette