Anggota keselamatan membawa mangsa keluar daripada runtuhan bangunan tiga tingkat. foto Agensi

PHNOM PENH – Sebuah bangunan tujuh tingkat runtuh di Kemboja, mengorbankan sekurnag-kurangnya tujuh orang.

Berpuluh-puluh orang juga dilaporkan hilang.

Seramai 21 orang lagi dilaporkan cedera dengan beberapa orang kritikal.

Usaha mengesan mangsa masih diteruskan lagi.

Bangunan yang sedang dalam pembinan itu terletak di bandar Sihanoukville yang dimiliki sebuah syarikat China.

Empat orang telah ditahan susulan runtuhan itu termasuk pemilik bangunan, ketua firma pembinaan dan kontraktor.

Pemilik tanah yang merupakan warga Kemboja juga ditahan untuk diambil keterangan.

Tiga daripada mangsa yang maut adalah warga tempatan, dua pekerja dan seorang penterjemah.

Gabenor wilayan itu berkata, kira-kira 50 orang pekerja berada di tapak pembinaan semasa runtuhan berlaku. – MalaysiaGazette