Jesse Lingard. Foto Talksports

LONDON – Pemain Manchester United yang terkenal gaya hidup bebas dan nakal, Jesse Lingard menimbulkan kontroversi selepas video stimulasi lucah yang menjadi tular di media sosial, lapor Daily Mail.

Gara-gara itu, pengurus Ole Gunnar Solskjaer akan memanggil Lingard kerana berang dengan sikap terbaharu pemain berusia 26 tahun itu.

Status di Snapchat memaparkan Lingard sedang merakam video dalam sebuah bilik di hotel mewah bersama rakan sepasukan Marcus Rashford, bekas pemain United Ro-Shuan Williams dan seorang lagi kawan mereka, Jamal Banker ketika mereka ingin daftar keluar.

Menerusi video itu, pemain England itu berjalan ke bilik-bilik sebelum merakam Banker melakukan stimulasi adegan lucah di atas katil.

Lingard dikatakan mahu menyimpannya sebagai koleksi peribadi namun dia memuatnaik video itu di akaun sendiri.

Solskjaer sebelum ini cukup menitikberat berkaitan tingkah laku pemain-pemainnya di media sosial dan dua dijangka akan menghubungi Lingard untuk berbincang perkara ini sebelum skuad mula menjalani latihan pra musim pada 1 Julai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast