KUALA LUMPUR – Muktamar Tahunan Pas kali ke-65 yang berakhir hari ini, tidak banyak berlaku perubahan dalam kepimpinan Jawatankuasa Pas Pusat dan sayap dewan parti itu.
Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden kekal dipegang oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang kedua-duanya menang tanpa bertanding.
Perubahan hanya berlaku pada Dewan Ulamak Pas Malaysia (DUPM) dan Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM), apabila ketuanya mengumumkan tidak mempertahankan jawatan.
Ketua DUPM disandang oleh Dr. Nik Zawawi Nik Salleh, manakala Ketua DPPM, Ir. Khairil Nizam Khirudin, manakala Ketua Dewan Muslimat Pas Malaysia kekal kepada Nuridah Mohd Salleh.
Berikut senarai Jawatankuasa Kerja Pas Pusat 2019-2021 yang diumumkan tengah hari tadi;
Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden, Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Dr. Nik Mohd Zawawi Nik Salleh
Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat, Senator Nuridah Mohd Salleh
Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Ir. Khairil Nizam Khirudin
Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan
Bendahari, Datuk Ar. Iskandar Abdul Samad
Ketua Penerangan, Kamaruzaman Mohamad
Pengarah Pilihan Raya, Muhammad Sanusi Md. Nor
Ahli Jawatankuasa Kerja
Muhammad Khalil Abdul Hadi
Dr. Azman Ibrahim
Dr. Halimah Ali
Datuk Dr. Mohamad Fadhli Hassan
Dr. Riduan Mohammad Noor
Datuk Mohd Nassuruddin Daud
Dr. Mohd Zuhdi Marzuki
Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali
Dr. Najihatussolehah Ahmad
Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi
Nasruddin Hasan
Siti Zailah Mohd Yusoff
Mokhtar Senik
Misbahul Munir Masduki
Sallehen Mukhyi
Datuk Dr. Mahfodz Mohamad (lantikan)
Muhtar Suhaili (lantikan)
Dr. Rosni Adam (lantikan)
Awang Solahudin Hashim (lantikan
Dr. Mohd Nazri Yahya (lantikan)
Wan Rohimi Wan Daud (lantikan)
Yusni Mat Piah (lantikan)
Mohamad Husain (lantikan) – MalaysiaGazette