Koleksi baju kurung Najjah

KUALA LUMPUR – Dalam diam tak diam, jenama fesyen Najjah sudah memasuki 10 tahun dalam pasaran.

Tempoh sedekad itu merupakan manifestasi kelangsungan Najjah di dalam industri fesyen tanahair.

jacket
Long jacket keluaran Najjah

Menurut pengasas Najjah, Nurul Azwin Musa, banyak pihak telah membantu kelangsungan jenama itu selama ini termasuk rakan niaga, media dan selebriti.

“Survival Najjah banyak bergantung kepada sokongan yang diberikan oleh kumpulan-kumpulan ini,” katanya dalam majlis Najjah 10 th Year Anniversary – Seronoknya Raya Bersama

Sempena majlis itu, Najjah turut memperkenalkan 10 koleksi terbaharu.

scaf najjah
Koleksi tudung Najjah

Koleksi terbaharu itu menampilkan baju kurung modern, modern abaya, dress, long jacket dan tudung.

Menurutnya, pakaian dan produknya kini dipasarkan menerusi atas talian dan butik-butik terkenal di seluruh tanahair.

“Setelah 10 tahun bertahan dengan pelbagai cabaran dan revolusi fesyen, busana Najjah masih kekal relevan dan menjadi trend setter serta inspirasi kepada jenama lain,” katanya.

tudung najjahAwin berkata, helaian Najjah kini menjadi pilihan kaum wanita yang mementingkan gaya yang elegan dan kotemporari tetapi di dalam masa yang sama patuh Syariah.

Bermula dengan penjualan tudung secara runcit seterusnya melangkah ke busana muslimah, Najjah kini mengorak langkah dengan menubuhkan beberapa anak syarikat yang menjurus kepada pakaian lelaki dan koleksi ibadah berinovatif, kosmetik, pendidikan prasekolah dan latihan motivasi menerusi Leanen, Najjah Beauty, Noble Kids dan Najjah Training dan Consultancy. – MalaysiaGazette