KUALA LUMPUR- Sime Darby Plantation Bhd. (SDB) melupuskan anak syarikatnya di Indonesia, PT Mitra Austral Sejahtera (PT MAS) kepada PT Inti Nusa Sejahtera (PT INS) pada harga AS$29.7 juta (RM123.1 juta).

PT Mas memiliki 7,074 hektar tanah ladang kelapa sawit di Kabupaten Sanggau, Kalimantan Barat.

Dalam kenyataan di Bursa Malaysia hari ini, SDP berkata, anak syarikat milik penuh tidak langsungnya, PT Ladangrumpun Suburabadi dan PT Teguh Sempurna telah melupuskan  masing-masing 99.9993 peratus dan 0.0007 peratus kepentingan ekuti kepada PT MAS dan PT INS.

SDP berkata, pelupusan tersebut dijangka tidak memberi sebarang kesan material kepada pendapatan syarikat, pinjaman aset bersih dikonsolidasi bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.- MalaysiaGazette