KUALA LUMPUR – Lebih 40 jenama terkenal menerima anugerah “Motherhood Choice 2019 awards” yang menjadi pilihan ibu bapa di negara ini.

Menurut Nuren Group, pemilihan lebih 40 jenama dibuat melalui undian membabitkan lebih 500,000 pengguna melalui Motherhood.com.my.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Petrina Goh berkata, anugerah itu diwujudkan bagi mengiktiraf jenama dan produk berkualiti tinggi yang paling inovatif dan terbaik yang ada dalam pasaran ibu dan bayi.

“Ia memberi tumpuan kepada produk-produk kehamilan, bersalin, bayi, kanak-kanak, dan anak-anak serta perkhidmatan. Anugerah ini dilihat sebagai cara yang baik untuk ibu-ibu untuk berkongsi maklum balas mereka dan pendapat mengenai produk dan perkhidmatan yang mereka telah cuba, diuji, dan dipercayai.

“Anugerah ini juga bertujuan meraikan jenama yang telah membantu berjuta-juta ibu dalam perjalanan mereka, selain mendorong jenama lain untuk mencapai kecemerlangan di masa depan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jenama Poppy Seat, Philips Avent Natural Newborn Starter Set, and Bubbles Steam & Dry Sterilizer muncul sebagai tiga jenama paling popular pilihan ibu bapa di Motherhood.com.my.

Sementara itu, Petrina berkata, agak sukar bagi ibu bapa untuk mendapatkan produk berkualiti dan terbaik pada anak-anak mereka tanpa panduan serta bimbingan.

Oleh itu melalui platform Motherhood.com.my ia menjadi impian bagi ibu kerana membantu mereka untuk mendapatkan produk berkualiti.

“Produk dan perkhidmatan penerima anugerah dapat membantu yang baru bergelar ibu.

“Apatah lagi penerima anugerah ini secara peribadi dipilih oleh pengguna sendiri melalui sistem pengundian yang tidak hanya menetapkan kekuatan jenama mereka tetapi juga mempamerkan penghargaan kepada ibu bapa untuk produk dan perkhidmatan yang mereka tawarkan,” katanya.

Acara itu diakhiri dengan pelancaran rasmij gudang Motherhood.com.my yang bermula hari ini hingga Ahad. – MalaysiaGazette