Shahrul Nazri.-ihsan Utusan

KUALA LUMPUR – Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) telah melantik Datuk Shahrul Nazri Abdul Rahim sebagai presiden/ketua pegawai eksekutif (CEO) yang baharu berkuasa kuasa 1Julai, 2019.

Dalam kenyataan hari ini, EXIM Bank berkata Nazri yang merupakan ahli perbankan terkemuka adalah pilihan tepat untuk memegang jawatan tertinggi itu, membawa bersamanya pengalaman luas khususnya dalam bidang perancangan strategik, pengurusan prestasi perniagaan dan pematuhan kawal selia.

Nazri, lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) (Kepujian) daripada Universiti Anglia, United Kingdom, mempunyai rekod cemerlang dalam industri perkhidmatan kewangan, menerajui transformasi berskala besar dan kompleks dan program perubahan.- BERNAMA