Seorang lelaki yang menjadikan isteri hamba seks sehingga isterinya alami pengguguran kandungan dihukum penjara 12 tahun di Manchester England

ENGLAND – Seorang lelaki yang ditahan polis kerana didakwa merogol isteri dan menjadikannya sebagai hamba seks menafikan tuduhan terhadapnya.

Suspek berusia 44 tahun  memberitahu, dia hanya menampar isterinya beberapa kali semasa bersetubuh.

Lelaki yang merupakan suami mangsa dikatakan bernafsu serakah dan memaksa isteri mengadakan seks lebih tiga kali sehari.

Dalam satu kejadian, suspek dikatakan merogol isterinya dan mendera mangsa secara seks ganas sehingga wanita malang itu mengalami penguguran anak keempat dalam kandungannya.

Suspek juga didakwa memukul isterinya berusia 24 tahun dengan menggunakan tali pinggang.

Tiga anaknya yang ketakutan dengan tindakan sadis bapanya mendengar tangisan emaknya dari bilik kediamannya di Rochdale, Manchester.

Salah seorang anak wanita itu yang tidak tahan dengan keganasan bapanya terhadap emaknya menghubungi polis untuk menyelamatkan ibunya dicederakan.

Suspek kini dipenjarakan 12 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Minshull Street Crown dan didapati bersalah merogol dan mendera isterinya secara seksual dan bertindak ganas terhadap mangsa.

Mereka merupakan pasangan muda yang bercinta sejak tahun 1993 sebelum mendirikan rumah tangga dua tahun kemudian.

Bagaimanapun, kebahagiaan rumah tangga dan cinta mereka tidak kekal lama apabila suspek mula mendera isterinya sejak tahun 2015.- MalaysiaGazette