Lokman kata takkan PH nak bantah kalau dia dilantik Ketua Polis Negara.
Lokman kata takkan PH nak bantah kalau dia dilantik Ketua Polis Negara.

KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya bangkit memberikan kenyataan berhubung persoalan ramai pihak mengenai bintang dan pingat atau riben perkhidmatan yang dipakai pada pakaian seragamnya.

Latheefa berkata, beliau tidak memakai sebarang pingat sebagaimana yang diperkatakan oleh beberapa pihak.

“Bar ribbon yang dikepilkan ke atas saya adalah berdasarkan Perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya SPRM Bab A (Dasar), Bil 1 Tahun 2012, yang telah mengarahkan bahawa seseorang Ketua Pesuruhjaya berdasarkan jawatannya dikehendaki memakai bar ribbon seperti yang disenaraikan.

“Walaupun pada asasnya ianya adalah betul dan boleh diterima, namun terdapat sedikit kekhilafan dalam bar ribbon yang kini telah pun diperbetulkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perkara itu dibangkitkan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam.

Mengulas lanjut, Latheefa berkata, bar perkhidmatan itu tidak harus dikelirukan dengan pingat atau darjah kebesaran yang dikurniakan dari pihak Istana, samada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat Negeri.

“Butiran lain di atas baju seragam saya adalah lencana-lencana pangkat yang saya dikehendaki memakai sebagai Ketua Pesuruhjaya dan adalah berdasarkan perintah tetap.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menunjukkan minat yang tinggi terhadap pakaian seragam saya,” katanya lagi.

Kelmarin, viral Latheefa Koya yang memakai pakaian seragam KP SPRM menghadiri majlis perbarisan hormat anggota agensi itu.

Tindakannya yang pertama kali memakai pakaian seragam SPRM itu menerima pelbagai kritikan sindir dan sinis, terutama riben perkhidmatan, yang dikatakan belum layak dipakainya. -MalaysiaGazette