Dr. Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR  – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr. Mohd. Puad Zakarshi dilantik menjadi salah seorang daripada lima Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang baharu.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan di sini hari ini mengumumkan pelantikan kelima-lima mereka terilibat.

Selain Mohd. Puad, katanya, Presiden UMNO melantik Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abd. Aziz, Ketua UMNO Bahagian  Bagan, Datuk Ir. Dr. Shaik Hussein Mydin, Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Datuk Yaakub Khan dan Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mohd. Razlan Muhammad Rafii.

“Adalah saya seperti diarahkan oleh Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) mengumumkan pelantikan seperti berikut selaras dengan Fasal 9.2.8 Perlembagaan UMNO.

“Pelantikan ini berkuatkuasa serta merta sehingga tempoh Majlis Kerja Tertinggi 2018-2021”, kata Anuar.- MalaysiaGazette